Khamis, 2 Ogos 2012

Kawasan Perkelahan Sungai Dara.



Berhampiran dengan Trail Gunung Liang

Airnya amat sejuk sekali.
       Kepada sesiapa yang inginkan cabaran, bolehlah berkunjung ke Kawasan Perkelahan Sungai Dara. Ia terletak agak jauh dari jalan utama Slim River(jalan lama). Lokasinya berhampiran dgn Trail Gunung Liang iaitu gunung yang berada di Banjaran Titiwangsa. Jalannya agak berliku serta jalannya agak kasar dan berlubang-lubang. Amat perit sekiranya mempunya kenderaan yang rendah. Sekiranya anda mempunyai kenderaan yang agak tinggi, boleh la cuba singgah ke sini. 


Jalan Masuk Ke Sungai Dara

Jalan Yang Agak "Challenging"
     Airnya amat sejuk dan berhampiran dgn loji rawatan air untuk kegunaan penduduk disekitar Tanjung Malim. Jungle Trail pon ade . tetapi harus diingatkan, anda perlu ade tour guide untuk jungle tracking. Dikelilingi hutan hujan tropika yang tebal. tetapi malangnya.. tempat ini tidak diselengarakan dgn baik. walau bagaimanapun.. setiap hari minggu. ada saja pengunjung yang datang kesini dan menjadi salah satu lokasi pilihan kepada pengunjung yang mencintai tempat ini..


Kordinat Lokasi : N 3.79606, E 101.517 


Kembali ke Klant Homestay Slim River

 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan